FTES merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi pendidikan tinggi di Sarawak yang melibatkan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian bagi pelajar yang layak, bermula pada tahun 2026.
Inisiatif ini telah dilancarkan secara rasmi dan akan mula berkuat kuasa sepenuhnya pada tahun 2026.
FTES bertujuan untuk:
Ya. Anak Sarawak yang layak akan dapat mendaftar dalam program ijazah sarjana muda terpilih di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS di bawah skim ini bermula pada tahun 2026.
Untuk layak mendapat FTES semasa belajar di i-CATS UNIVERSITY COLLEGE, pelajar mesti memenuhi kriteria berikut:
Pelajar perlu menyatakan hasrat untuk memohon FTES semasa memohon kemasukan ke program ijazah sarjana muda yang diluluskan di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS.
*Pelajar yang sedang menerima biasiswa mesti mengemukakan surat pembatalan biasiswa daripada organisasi penganjur kepada KOLEJ UNIVERSITI i-CATS sekiranya mereka ingin memohon FTES.
Sila ambil maklum bahawa skim FTES tidak terbuka kepada pemegang biasiswa atau pinjaman sedia ada. Namun, jika anda ingin beralih kepada FTES, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar.
Penerima FTES bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan penamatan biasiswa atau pinjaman terdahulu dengan pihak penaja. Surat Kelayakan akan disediakan bagi memudahkan urusan tersebut bagi pelajar yang layak.
YS BP40
Bagi penerima YS BP40, sila hubungi Pejabat Pendafter untuk memulakan proses penarikan diri daripada skim YS BP40, tertakluk kepada terma dan syarat BP40.
Pinjaman Yayasan Sarawak
Pelajar di bawah Pinjaman Yayasan Sarawak dikehendaki menghubungi Bahagian Bayaran Balik secara terus melalui ys@yayasansarawak.org.my atau contribution@yayasansarawak.org.my untuk pertanyaan mengenai pembatalan atau penamatan selaras dengan terma dan syarat pinjaman. Sila pastikan Pejabat Pinjaman dan Biasiswa diletakkan dalam salinan (carbon copy/cc) e-mel tersebut.
Pinjaman PTPTN
Untuk pembatalan pinjaman PTPTN, sila kunjungi cawangan PTPTN terdekat untuk mendapatkan panduan mengenai prosedur pembatalan. Senarai cawangan PTPTN boleh didapati di: https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/
Biasiswa Lain
Bagi bentuk biasiswa lain, sila berhubung terus dengan penaja masing-masing. Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin dikehendaki memenuhi sebarang kewajipan pelanggaran kontrak (breach obligations) dengan pihak penaja tersebut.
Berdasarkan kemas kini terkini, kursus-kursus yang diluluskan FTES di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS adalah:
Sebagai tambahan kepada yuran pengajian, FTES juga menawarkan elaun (stipend Sara Hidup) bagi pelajar yang layak. Sebanyak RM5,000 untuk penginapan dan RM10,00 untuk keperluan lain seperti makjanan, pengangkutan dan keperluan pengajian lain.
Bantuan ini tersedia bagi pelajar yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah sebanyak RM1,500 sebulan atau ke bawah, yang disahkan melalui dokumentasi rasmi yang diperlukan. Yuran tambahan (sekiranya ada) hendaklah ditanggung oleh pelajar sendiri.
Buat masa ini, tiada had umur ditetapkan sehingga garis panduan lanjut dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak.
Ya, pelajar sepenuh masa sedia ada akan layak untuk inisiatif ini asalkan kursus mereka termasuk dalam senarai yang diluluskan.
Ini bermakna jika pelajar memulakan pengajian ijazah sarjana muda di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS pada tahun 2025 dan meneruskan pengajian secara sepenuh masa sehingga tahun 2026, mereka akan menerima tanggungan yuran pengajian penuh sebaik sahaja inisiatif ini bermula.
Sila hubungi Pejabat Pendaftar untuk maklumat lanjut mengenai cara memohon sebagai pelajar sedia ada.
Di bawah FTES, pelajar dibenarkan menukar program sekali sahaja dalam Institusi Pengajian Tinggi milik Sarawak (SIHL) yang sama (seperti KOLEJ UNIVERSITI i-CATS), tertakluk kepada kelulusan Kementerian. Perpindahan antara SIHL adalah tidak dibenarkan. Pelajar ijazah sarjana muda dari Institusi Pengajian Tinggi lain yang ingin mendaftar di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS di bawah FTES mesti mengemukakan permohonan baharu dan, sekiranya diluluskan oleh Kementerian, akan dikehendaki memulakan program mereka dari Tahun 1 (tertakluk kepada ijazah pertama sahaja).
Pelajar boleh menangguhkan pengajian atas sebab-sebab yang sah sehingga dua (2) semester dengan kelulusan daripada KOLEJ UNIVERSITI i-CATS dan agensi pelaksana. Dalam tempoh penangguhan tersebut, bantuan FTES akan digantung.
FTES tidak menampung sebarang pelanjutan tempoh pengajian atau yuran tambahan yang
disebabkan oleh kegagalan kursus atau pengulangan kertas peperiksaan. Jika pelajar digantung,
ditamatkan, atau menarik diri daripada pengajian, bantuan FTES juga akan dibatalkan.
Jika permohonan ditolak, pelajar mempunyai hak untuk merayu secara bertulis melalui agensi pelaksana dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh pemberitahuan rasmi, dengan menyatakan alasan-alasan dan mengemukakan dokumen sokongan.
Kementerian akan menyemak setiap rayuan berdasarkan merit setiap kes. Keputusan Menteri adalah muktamad, mengikat, dan tidak tertakluk kepada semakan lanjut.
Tidak, pelajar di bawah inisiatif ini tidak akan layak untuk Program Pemindahan Kampus dan perlu melengkapkan pengajian mereka di KOLEJ UNIVERSITI i-CATS.
Ya, KOLEJ UNIVERSITI i-CATS menawarkan pelbagai pilihan sokongan kewangan untuk pelajar yang layak, termasuk pinjaman pendidikan. Anda boleh mengetahui maklumat lanjut di sini https://icats.edu.my/financial-assistance/
Anda boleh memohon secara dalam talian dengan memilih program pilihan anda dan menghantar dokumen yang diperlukan. Untuk bimbingan khusus, sila hubungi Pasukan Pengambilan Pelajar kami atau melalui laman web https://icats.edu.my/admission/ atau talian tetap di +60 82 570 888.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai FTES, pelajar baharu boleh menghubungi Pasukan Pengambilan Pelajar di info@icats.edu.my, manakala pelajar sedia ada boleh menghubungi Pejabat Pendaftar di registrar@icats.edu.my. Sebagai alternatif, mereka juga boleh dihubungi melalui telefon di talian +60 82 570 888 untuk bantuan lanjut.
Buat masa ini, inisiatif tersebut tertumpu kepada program ijazah sarjana muda (prasiswazah) pertama.
Kos sewa rumah pelajar tersebut tidak akan ditanggung, namun elaun sara hidup tetap akan diberikan.