Projek “Setulus Kasih Ramadhan” i-CATS UC x Sukarelawan Jalanan (NGO) di Masjid Darul Ibadah, Kampung Gayu Padawan.

8 Mac 2025 – Projek “Setulus Kasih Ramadhan” i-CATS UC x Sukarelawan Jalanan (NGO) bersama warga dari perkampungan ‘Saudara Baru’ di Masjid Darul Ibadah, Kampung Gayu Padawan.

Projek ini adalah anjuran Pelajar MPU1252 Khidmat Masyarakat dari Faculty of Multidisciplinary & Sustainability Studies (FMSS) di bawah seliaan Encik Wan Mohd Hamidi bersama Pelajar FIS2023 Community Service dari Foundation in Sciences (FIS) dari Faculty of Aerospace Engineering di bawah seliaan Encik Krickstein Adau. Turut hadir menjayakan projek ini adalah Cik Noorul’ Aini, Koordinator Program MPU serta 5 wakil dari pihak Sukarelawan Jalanan.

Antara pengisian program ini ialah penyerahan sumbangan barangan asas ke 12 buah rumah, pembersihan kawasan sekitar Masjid, merewang memasak serta pengagihan bubur Lambuk.

Projek ini telah berjalan dengan jayanya dan penduduk kampung amat berterima kasih kepada pihak i-CATS di atas bantuan yang diberikan. Projek ini dilihat dapat meningkatkan semangat kerjasama dan komunikasi di kalangan pelajar kita.

Terima kasih kepada Dekan Faculty Of Multidisciplinary And Sustainability Studies, Associate Professor Dr Muhamad Sophian Nazarudin & Dekan Faculty Of Aerospace Engineering, Professor Ir. Dr. Shuhaimi Bin Mansor di atas sokongan dalam menjayakan projek ini.

#fmssicatsuc
#cfgsicatsuc
#icatsuc
#icatsmajujaya