Program Sketsa Jiwa Malaysia dalam Arus Zaman oleh MPU 3412 Kebudayaan di Malaysia
5 Mac 2025 – Program Sketsa Jiwa Malaysia dalam Arus Zaman yang telah diadakan di Dewan Serbaguna TSA telah berlangsung dengan jayanya demi mencapai matlamat untuk memperkenalkan dan mempromosikan budaya Malaysia dalam konteks perubahan zaman, meningkatkan kesedaran pelajar terhadap warisan seni dan budaya negara, serta menjadi platform kepada pelajar MPU 3412 untuk mengasah kemahiran mengendalikan program dan kepada pelajar MPU 3183 untuk mempamerkan kreativiti mereka melalui sketsa.
Seribu penghargaan diucapkan kepada Dekan Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian (FMSS), Profesor Madya Dr Muhamad Sophian yang telah memberi sokongan penuh dan turut merasmikan program ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan penaja program ini iaitu 1) Full House RH Plaza, 2) Taka Cake House dan 3) Nemo Fishing Tackle atas sumbangan dana yang telah diberikan demi menjayakan dan memeriahkan lagi program ini.
Tidak lupa juga, kepada para juri program iaitu Encik Krickstein Adau dan Cik Noorul ‘Aini Hanifa Binti Su’Aidi dari Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian (FMSS) serta Puan Rusmah Binti Muhammad Ishak dari Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan (FAAS) kerana telah sudi meluangkan masa, tenaga dan kemahiran untuk menilai para peserta yang bertanding.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!