Program Khidmat Masyarakat: Santuni Komuniti bersama Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian, Saberkas Prihatin

24 Februari 2024 – Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Program Khidmat Masyarakat: Santuni Komuniti, Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian, Saberkas Prihatin di Kampung Sungai Lumut pada 24 Februari 2024.

Program ini merupakan hasil kerjasama daripada Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian, kursus FIM 1053 Principles of Management, kursus MPU 1252 Khidmat Masyarakat, kursus MPU 3223 Leadership Skills, Kelab Kampus SABERKAS Kolej Universiti i-CATS, Fakulti Pendidikan Kolej Universiti i-CATS dan Bank Rakyat.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Suhaili Mahaji (Ketua Kampung Sungai Lumut), Prof. Madya Dr. Muhamad Sophian (Dekan Fakulti Pengajian Multidisiplin dan Kelestarian), Prof. Dr. Kopli Bujang (Pro-Naib Canselor Unit Jalinan Industri dan Komuniti), Encik Clement Empaling (Pengerusi Kelab Kampus SABERKAS Kolej Universiti i-CATS & Ketua Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi), Puan Nor Fasihah Binti Rusli (Ketua Program Diploma Pendidikan Penjagaan Awal Kanak-Kanak) dan Encik Bakhtiar Bujang (Bank Rakyat). Turut serta, para pelajar, pensyarah Kolej Universiti i-CATS, wakil Bank Rakyat serta penduduk Kampung Sungai Lumut dan sekitarnya.

Semoga ini dapat membuka banyak lagi peluang untuk menjalankan pelbagai program jalinan komuniti yang lain.

#cfgsicatsuc
#fmssicatsuc
#salamicatstercinta
#salamicatskusayang
#icatsmajujaya
#icatsuc