Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Budaya Sarawak untuk Kursus 3412 Kebudayaan di Malaysia

21 Februari 2024 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Krickstein Adau, para pensyarah yang terlibat dan para pelajar kursus MPU 3412 Kebudayaan di Malaysia atas kejayaan program lawatan sambil belajar ke Kampung Budaya Sarawak hari ini.

Diharap ilmu yang diperoleh daripada sesi temubual bersama dengan kakitangan Kampung Budaya Sarawak yang juga merupakan sebahagian daripada tugasan berterusan mereka dapat memberikan manfaat serta dapat memperkayakan lagi pengetahuan dan kefahaman tentang kebudayaan di Sarawak.

#cfgsicatsuc
#fmssicatsuc
#salamicatskusayang
#salamicatstercinta
#icatsmajujaya